Laporan kematian Iman dibawa ke mesyuarat Kabinet Sabah

Kematian Iman pada jam 5.35 petang di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu kelmarin menjadikan haiwan tersebut telah pupus di negara ini.
Kematian Iman pada jam 5.35 petang di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu kelmarin menjadikan haiwan tersebut telah pupus di negara ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, laporan kematian badak sumbu Sumatera betina terakhir Malaysia, Iman akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada minggu depan.

Beliau berkata, ia bagi membincangkan langkah terbaik yang perlu diambil kerajaan negeri bagi memastikan kelangsungan hidup spesies haiwan lain yang diancam kepupusan khususnya di Sabah.

"Kerajaan negeri telah melakukan usaha yang terbaik untuk merawat Iman selain berusaha mendapatkan sel benih daripada badak betina terakhir di negara ini.

"Tetapi malangnya Iman mengalami penyakit kanser dan kritikal yang tidak dapat diselamatkan....ia adalah berita sedih," katanya kepada pemberita selepas menganugerahkan ijazah kepada graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sidang ketiga bersempena majlis konvokesyen UMS Ke-21 di Dewan Canselori semalam.

Kematian Iman pada jam 5.35 petang di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu semalam menjadikan haiwan tersebut telah pupus di negara ini.

Sebelum ini Iman diberi penjagaan dan perhatian terbaik selepas berjaya ditangkap pada Mac 2014 di Lembah Danum.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri Sabah telah mengenal pasti kawasan yang akan diwartakan sebagai kawasan hidupan liar pada tahun depan.

Beliau berkata, ia merupakan usaha untuk menjaga kelangsungan hidup haiwan liar yang diancam kepupusan khususnya gajah yang sering menjadi mangsa pemburu haram.

Artikel Berkaitan:

"Ini merupakan kerangka yang akan kita lakukan bagi membolehkan beberapa ribu ekar (tanah) dijadikan sebagai kawasan pemeliharaan binatang seperti yang dilakukan oleh negara di Afrika.

"Kita tahu gajah-gajah ini masuk ke kawasan penduduk kampung dan ke ladang kelapa sawit tetapi ia bukanlah 'lesen' untuk membunuh binatang liar itu sebaliknya berhubunglah dengan pihak berkuasa," katanya. - Bernama