LTTE: Tommy Thomas 'double standard'?

Zahid mempersoalkan tindakan Tommy Thomas selepas Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE terhadap ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran hari ini.
Zahid mempersoalkan tindakan Tommy Thomas selepas Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE terhadap ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas selepas Mahkamah Sesyen Seremban hari ini membenarkan pembatalan dua pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran.

Zahid turut mempersoalkan adakah keputusan mahkamah terbabit berhubung pendakwaan memiliki item berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu kerana tertuduh ialah pemimpin dan pengikut DAP.

“Kenapa Peguam Negara bertindak 'double standard' kepada mereka yang disyaki dalam kes LTTE yang melibatkan pendakwaan dengan undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berbanding mereka yang ditangkap, didakwa dan dihukum sebelum ini yang melibatkan tuduhan kesalahan yang lebih kecil?

“Apakah kerana mereka yang ditahan kali ini ialah pemimpin dan pengikut DAP?,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mengemukakan permohonan berkenaan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman di Seremban Jaya dan Kampung Baru Rahang di sini masing-masing pada jam 9.58 pagi dan 11.50 pagi 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun Gunasekaran tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili barisan empat peguam diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu atas pertuduhan tambahan.

Artikel Berkaitan:

Semalam Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan lima lelaki termasuk dua ADUN yang ditahan berkaitan kumpulan LTTE supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ketika membuat keputusan itu berkata permohonan dikemukakan kesemua pemohon kini bersifat akademik dan tidak relevan kerana mereka telah dituduh di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal

LTTE: ADUN Seremban Jaya didakwa sekali lagi