‘Ini bukan kali pertama Presiden UMNO didesak berundur’ - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedar gesaan pelbagai pihak supaya beliau meletakkan jawatan dalam parti itu berikutan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) apabila hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.

Memetik laporan The Star, Ahmad Zahid berkata, sebelum ini terdapat desakan untuk berundur daripada parti apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

“Ini bukan kali pertama Presiden UMNO didesak untuk berundur.

“Ia pernah berlaku sebelum ini termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Datuk Seri Najib apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya pada Selasa.

Pada PRN Sabtu lalu, BN menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang serta satu di Kelantan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk memaklumkan, akan bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan BN bagi memastikan mereka memperoleh kepercayaan daripada rakyat.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Zahid, antara isu yang perlu ditangani adalah kerjasama parti itu dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya sedar tentang gesaan sebegitu (untuk dia berundur). Apa yang saya boleh berikrar ialah saya dengan bantuan kepimpinan parti akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi supaya boleh memenangi hati dan minda pengundi sekali lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Zahid takkan letak jawatan kalau UMNO kalah teruk - Khairy

Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris

Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Puad

PRN: BN hanya menang dua daripada 12 kerusi di Selangor

Laluan UMNO masih berliku - Mohd Puad

‘Gelombang pindah undi, mustahil UMNO menang pilihan raya’ - Shahril