Ketua pasukan pendakwaan kes Zahid mohon bersara awal - Peguam Negara

SHAH ALAM - Keputusan untuk menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan berkenaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan yang teliti.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal iaitu pada 3 April lalu dan telah diluluskan serta akan berkuat kuasa pada 1 November depan.
“Selanjutnya, Raja Rozela binti Raja Toran telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos 2023,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.