Bekas CEO SSM didakwa terima rasuah RM5.7 juta

Zahrah (kanan) diiringi anggota polis selepas didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta.
Zahrah (kanan) diiringi anggota polis selepas didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berdepan 33 tuduhan menerima rasuah membabitkan RM5.7 juta.

Turut didakwa anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan atas empat dakwaan menerima suapan sebanyak RM160,000.

Bagaimanapun kedua-duanya yang diwakili peguambela mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilai di hadapan Hakim Azura Alwi.

Zahrah didakwa menggunakan kedudukannya dan menerima suapan antaranya untuk meluluskan penganjuran program, upah bagi meluluskan pelantikan syarikat dan bagi melaksanakan beberapa projek yang mempunyai kepentingan secara langsung bermula 2015.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SSM ini didakwa atas 31 pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun selain denda lima kali ganda nilai suapan manakala dua lagi di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, penjara dua tahun, dua atau kedua-duanya.

Abdulazeez diiringi pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan rasuah hari ini.
Abdulazeez diiringi pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan rasuah hari ini.

Sementara Abdulazeez pula didakwa bersubahat dengan Zahrah selain menerima suapan sebagai upah mendapatkan kelulusan SSM.

Allan Suman mencadangkan jaminan sebanyak RM1 juta untuk kedua-dua tertuduh namun mahkamah menetapkan jaminan diberi sebanyak RM300,000 dengan dua penjamin untuk Zahrah sementara RM70,000 dengan seorang penjamin bagi Abdulazeez.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Sesyen di sini turut menetapkan 26 November depan bagi tarikh sebutan semula kes dan mereka dikehendaki penyerahan pasport dan melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan sehingga tamat perbicaraan.