Selamatkan Sungai Skudai

Sungai Skudai. Kredit fot: Buletin Johor
Sungai Skudai. Kredit fot: Buletin Johor
A
A
A

JOHOR BHARU - Sungai ketiga terbesar di Johor Bahru iaitu Sungai Skudai berdepan dengan risiko pencemaran lebih dahsyat jika masalah setinggan berhampiran lembangan itu tidak diatasi segera.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Adib Azhari Daud berkata, hasil kajian yang dilakukan oleh pakar daripada Universiti Teknologi Malaysia mendapati kualiti air Sungai Skudai telah diklasifikasikan pada kelas tiga dan empat, bergantung pada keadaan semasa.

“Punca utama sumber pencemaran dan kemerosotan paras air Sungai Skudai adalah disebabkan oleh masalah setinggan di rizab sungai itu.

“Ini berikutan tindakan pembuangan sisa sampah domestik terus ke Sungai Skudai, saliran terus sisa daripada aktiviti komersial dan industri, effluen dari loji rawatan sisa serta sistem saliran tidak sistematik.

“Oleh itu, MBIP telah mengambil langkah proaktif dalam usaha memulihara Sungai Skudai dengan mewujudkan pelan pemuliharaan Sungai Skudai yang akan memfokuskan kepada pemuliharaan sungai, kualiti air dan penggunaan optimum sebagai public realm kepada penduduk di samping mendatangkan kesan positif terhadap sosio ekonomi kawasan tersebut,” katanya.

Sungai Skudai ialah lembangan sungai ketiga terbesar di Johor Bahru dan menjadi salah satu sumber air terpenting di sekitar kawasannya, namun keadaan semasa sungai tesebut semakin tercemar.

Adib Azhari berkata, justeru penyediaan kajian rancangan kawasan khas (RKK) Sungai Skudai merupakan salah satu pelan tindakan segera yang direncanakan dalam pelan pemuliharaan Sungai Skudai oleh pihak MBIP.

“Kajian ini lebih menumpukan kepada penyelesaian masalah pencemaran sungai melalui aspek perancangan secara menyeluruh dengan mewujudkan mekanisme pelaksanaan dan pengurusan berkesan termasuklah perancangan guna tanah, kawalan pembangunan, garis panduan dan pelaksanaan penguatkuasaan.

Artikel Berkaitan:

“Rancangan ini adalah suatu bentuk rancangan pemajuan disediakan bagi suatu kawasan yang dipilih secara khusus bertujuan menentukan tindakan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan tersebut,” katanya.