PRK: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru, Muar lokasi PPC

Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan Muar pada Sabtu ini.
Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan Muar pada Sabtu ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan Muar pada Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari jam 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon (PPC) di kedua-dua dewan berkenaan.

Menurutnya, bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus berkenaan atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, sebelum hari penamaan calon (HPC).

“Selain itu,mereka juga disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran.

“Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, setiap bakal calon hanya dibenarkan diiringi oleh seorang pencadang dan seorang penyokong untuk memasuki PPC.

"Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada HPC dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya.

Ikmarudin berkata, SPR berharap bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan SPR, PDRM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.