Istiadat konvokesyen guna tulisan jawi

Istiadat kali ini juga menyaksikan pengurniaan wang berjumlah RM100,000 daripada Pemangku Raja Pahang yang juga Canselor KUIPSAS, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi membina Akademi Hadis di KUIPSAS. FOTO: KUIPSAS

A
A
A

KUANTAN- Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-18 buat julung kalinya menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dalam semua bahan cetakan dan edaran sepanjang istiadat berlangsung.

KUIPSAS dalam kenyataannya berkata, penggunaan tulisan jawi ini merupakan usaha berterusan KUIPSAS memperkasakan bahawa jawi selepas menjadi Pusat Rujukan Tulisan Jawi bagi Negeri Pahang.

"Dengan inisiatif yang dilakukan oleh KUIPSAS ini dilihat mampu menaikkan semula maruah tulisan ini serta mendedahkan penggunaannya kepada orang ramai.

"Di samping itu, dengan cara ini juga kita dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan mempertahankan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat," katanya.

Buku atur cara program Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-18 yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya sempena konvokesyen tersebut di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Buku atur cara program Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-18 yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya sempena konvokesyen tersebut di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Dalam pada itu, istiadat kali ini juga menyaksikan pengurniaan wang berjumlah RM100,000 daripada Pemangku Raja Pahang yang juga Canselor KUIPSAS, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi membina Akademi Hadis di KUIPSAS.

Menurutnya, pengurniaan peruntukkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adam Resam Melayu Pahang (MUIP) itu demi menyediakan prasarana bagi mengumpul dan mendokumentasikan manuskrip hadis.

Artikel Berkaitan:

"Dengan pembinaan Akademi Hadis, ini dapat menyediakan kemudahan bagi pencarian, perbincangan dan penghasilan hadis berdasarkan isu-isu kontemporari yang merupakan amanat dari Almarhum Sultan Ahah Shah (Canselor pertama KUIPSAS).

"Cetusan dan cadangan penubuhan akademi ini merupakan idea asal Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mistafa Billah Shah untuk menjadikan KUIPSAS sebagai pusat yang menguruskan akademi tersebut," katanya.