Jawi siasat bacaan doa depan sami

Seorang lelaki dipercayai membaca doa dalam majlis yang turut disertai penganut agama lain.
Seorang lelaki dipercayai membaca doa dalam majlis yang turut disertai penganut agama lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu bagi memastikan tiada unsur menyalahi hukum dan fatwa yang sedang berkuat kuasa.

"Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebuah portal berita pada Isnin berkongsi video memaparkan seorang lelaki berdoa di hadapan sami-sami Hindu dalam sebuah majlis.

Jawi berkata, pihaknya mengambil maklum isu berkenaan yang dikatakan berlaku dalam suatu program 'pecah tanah' sekitar Kuala Lumpur yang turut disertai acara berdoa oleh orang bukan Islam baru-baru ini.

Jawi memaklumkan, semua pihak dinasihatkan sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi mengelak perbuatan dilakukan tidak bertentangan syarak.

"Keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam lebih-lebih lagi dalam situasi negara yang berbilang kaum.

"Bagaimanapun, semua pihak dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak autoriti agama bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan mengikut lunas hukum syarak yang telah ditentukan," katanya.

Artikel Berkaitan: