140 pesilat enam gelanggang berhimpun buat julung kali

Seramai 140 pesilat ketika majlis Penyampaian Bengkung dan Sijil Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM) di SMK Seksyen 19 pada Ahad.
Seramai 140 pesilat ketika majlis Penyampaian Bengkung dan Sijil Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM) di SMK Seksyen 19 pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Lebih 140 pesilat dari enam gelanggang berkumpul buat julung kalinya sempena majlis Penyampaian Bengkung dan Sijil Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM) pada Ahad.

Enam gelanggang itu ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Serai 19, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Kolej Vokasional Shah Alam, Masjid Baitul Mahabbah, USJ16 dan Surau Al-Hidayah.

Panglima Hitam PSSGM Selangor, Salehuddin Ibrahim berkata, ia bertujuan untuk pesilat mengenali antara satu sama lain dan merapatkan silaturahim.

Danial Al Rashid (berdiri), Hashim Anang (duduk depan, kiri), Salehuddin Ibrahim (duduk depan, dua dari kanan) dan Shukri Ahmad (duduk depan, kanan) ketika majlis Penyampaian Bengkung dan Sijil Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM) di SMK Seksyen 19 pada Ahad.

“Seni mempertahankan diri bukan bersifat individu, maka majlis seperti ini penting agar martabat silat akan terus dipelihara.

“Ia juga perlu ada penggeraknya iaitu sokongan dan bantuan dari kementerian dan jabatan kebudayaan terutama dari segi promosi kerana tidak mahu ia terus dilupakan.

“Seni silat dilakukan secara separuh masa dan bukan sepenuhnya, maka martabatnya harus dijaga,” katanya selepas majlis tersebut di SMK Seksyen 19 pada Ahad.

Perasmian program disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid dan hadir sama, Timbalan Pengerusi Adat Istiadat Negeri Selangor, Shukri Ahmad dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan: