Sila log masuk terlebih dahulu.

Isu Lynas: Fuziah diminta tunjuk bukti

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh diminta mengemukakan bukti dan fakta sebenar berhubung tuduhannya dalam isu Lynas.

Pengarah Urusan dan Naib Presiden Lynas (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Mashal Ahmad berkata, Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya.

Menurutnya, pemimpin itu perlu bercakap atau mengeluarkan kenyataan berlandaskan fakta sebenar tentang Lynas dan tidak mengelirukan rakyat dengan tuduhan semata-mata.

“Setiap kenyataan kita (Lynas) disertakan dengan bukti tapi beliau (Fuziah) sejak awal lagi menuduh Lynas tanpa bukti.

"Hendak tuduh, saya boleh tuduh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini bagi mengulas kenyataan Fuziah yang menyifatkan negara terpedaya dan mungkin juga tertipu di dalam keputusan menerima Lynas untuk beroperasi di Malaysia kerana jangkaan ia satu industri strategik yang membawa manfaat dan kebaikan kepada negara.

Mashal berkata, kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Kuantan itu seolah tiada kesudahan.

"Rasanya tidak perlu kita (Lynas) melatah dengan apa yang diperkatakan," katanya.

Kelmarin Fuziah melalui surat terbukanya dari Makkah tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung kilang nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng dengan berkata, kerajaan tersepit berhubung isu Lynas kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilang tersebut ialah Jepun.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama katanya, Jepun adalah negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

Dalam kenyataan itu beliau antara yang lantang mengkritik Lynas menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai punca hutang negara terlalu tinggi sehingga menekan negara meminjam wang dari Jepun.

Fuziah menegaskan, beliau kekal dengan pendirian dahulu iaitu Lynas tidak patut dibenarkan beroperasi dan menyimpan sisa pembuangan radioaktif yang akan membawa kesan negatif dalam jangka panjang.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana ada sekelompok ahli Kabinet terdahulu daripada BN yang masih terpedaya dengan Lynas dan bersungguh-sungguh mempertahankan syarikat nadir bumi Australia itu.

Katanya, Malaysia tidak menerima cukai sesen pun daripada Lynas sejak 2012 kerana kerajaan terdahulu memberi status 'perintis strategik yang membolehkan syarikat itu menikmati pengecualian cukai selama 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenapa Fuziah tak sebut PH terima RM175 juta dari Lynas?

Isu Lynas: Kerajaan tersepit kerana pinjaman Jepun, kata Fuziah