Muara Kuala Bangka dulu cantik, sekarang kotor

Zahran menunjukkan sampah sarap yang dibuang di kawasan muara Kuala Bangka.
Zahran menunjukkan sampah sarap yang dibuang di kawasan muara Kuala Bangka.
A
A
A

YAN - Kawasan muara Kuala Bangka, di sini pada asalnya sangat cantik dengan pemandangan laut dan alam semula jadi yang menghijau.

Namun, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah sehingga mencacatkan pemandangan tersebut wajar dikenakan tindakan tegas.

Penyerlaras Dun Sungai Limau Zahran Abdullah berkata, tindakan membuang sampah yang tidak terurus di kawasan itu tidak seharusnya berlaku.

"Tindakan tegas harus diambil kepada pelaku, " katanya.

Sehubungan itu, Zahran berharap tindakan segera dapat diambil bagi membersihkan kawasan tersebut yang berpotensi besar untuk menarik ramai orang untuk menikmati keindahannya.

"Kita juga memohon kerjasama semua pihak untuk terus memelihara alam semula jadi dan menjadikan amalan menjaga kebersihan itu sebagai sebahagian daripada kehidupan," katanya.

Artikel Berkaitan: