'Berduet' dengan Mona Fandey, lagu terbaharu Malique jadi perhatian

Malique tampil dengan sebuah lagu baharu, Sedih Hati yang dilancarkan sejak 3 Jun lalu yang turut menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey pada bahagian intro dan 'background' lagu tersebut.
Malique tampil dengan sebuah lagu baharu, Sedih Hati yang dilancarkan sejak 3 Jun lalu yang turut menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey pada bahagian intro dan 'background' lagu tersebut.
A
A
A

PENYANYI rap terkenal, Malique tampil dengan sebuah lagu baharu, Sedih Hati yang sudah pun dilancarkan sejak 3 Jun lalu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah lagu berkenaan menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey pada bahagian intro dan 'background' lagu tersebut.

Menerusi audio yang tular di Tik Tok sejak Isnin, ramai mengakui 'meremang' mendengar lagu baharu tersebut, pada dalam masa sama memuji kelainan yang dipersembahkan Malique dalam karya terbaharunya itu.

Difahamkan judul lagu Sedih Hati diambil daripada bait lirik dalam lagu Ratapan Anak nyanyian Mona Fandey pada tahun 1987.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan lagu terbaharu Malique itu dan menyifatkan bekas anggota Too Phat tersebut tidak pernah gagal dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Judul lagu Sedih Hati diambil daripada bait lirik dalam lagu Ratapan Anak nyanyian Mona Fandey pada tahun 1987.
Judul lagu Sedih Hati diambil daripada bait lirik dalam lagu Ratapan Anak nyanyian Mona Fandey pada tahun 1987.

Malah lirik lagu yang ditulis Malique mempunyai maksud yang mendalam dan berat.

FJMUZIK91: "Aduhhhh..Cubalah bagi satu lagu Mr General yang tak best"

J_Firdaus: "BBNU (Budak Baru Nak Up) pertama kali dengar flow Mr General, terus terkesima. Dengar jugak lagu-lagu dia yang lain, semua berlapik2 maksud dia."

FerishDolah: "ade satu vibe yang sedih.. pada masa yang sama misteri... takut... terpuruk..."

Tidak kurang juga yang merasakan Sedih Hati agak 'seram' apabila didengar kerana dikaitkan dengan kes yang pernah dilakukan Allahyarham sebelum ini.