Sila log masuk terlebih dahulu.

Buang sampah, tidak bertanggungjawab punca flat kos rendah kotor

A
A
A

BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Buang sampah sesuka hati dan tidak bertanggungjawab dilihat sebagai antara punca flat kos rendah di sekitar Johor berada dalam keadaan kotor, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Berdasarkan tinjauan di flat Taman Ungku Tun Aminah, Iskandar Puteri dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Johor Bahru, permasalahan berkenaan turut melibatkan pelbagai isu lain yang berkait dengan kebersihan seperti sistem perparitan, perpaipan, bumbung bocor selain kehadiran anjing liar.

Sementara itu, selain masalah kebersihan akibat sikap penduduk yang gemar membuang sampah sesuka hati, wujud pula isu lain di flat PPR Kempas Permai, apabila dilaporkan ada penduduk yang tidak bertanggungjawab dikesan membuang air kecil dan air besar dalam lif di PPR berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com