Majlis Daerah Marang lelong kambing

Mohd Huzairil (kanan) menyerahkan kambing bidaan kepada Dzul Haziq selepas lelongan berakhir.
Mohd Huzairil (kanan) menyerahkan kambing bidaan kepada Dzul Haziq selepas lelongan berakhir.
A
A
A

MARANG - Pihak Majlis Daerah Marang (MDM) berdepan kesukaran dalam menangani masalah haiwan ternakan dibiar berkeliaran di tempat awam dan di jalan raya yang mengancam keselamatan pengguna.

Yang Dipertua MDM, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, walaupun pelbagai langkah kesedaran dan juga penguatkuasaan termasuk kompaun dikenakan, namun keadaan itu masih dikesan berlaku.

Katanya, bagi menangani masalah itu, MDM memberi jaminan akan terus menggerakkan operasi menangkap haiwan-haiwan berkeliaran dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK).

"Kita juga telah mengeluarkan kompaun dan denda ke atas pemilik ternakan yang ingkar dan mereka telah diberi notis menjelaskan denda itu dalam tempoh antara tujuh hingga 14 hari sebelum dilelong.

"Sebanyak lima ekor kambing yang ditangkap sebelum ini terpaksa dilelong setelah notis diberikan dalam tempoh yang panjang iaitu sudah melebihi sebulan kepada pemilik untuk membuat tuntutan.

"Ia dilelong menerusi lelongan awam yang diadakan buat kali pertama hari ini. Lelongan ini diadakan bagi mengelakkan persepsi negatif timbul berkaitan kaedah pelupusan haiwan rampasan ini," katanya di sini hari ini.

Sebelum itu, orang ramai memenuhi tempat lelongan dijalankan berhampiran Pasar Bandar Marang bagi membida ternakan itu pada harga tertinggi sebelum sesi lelongan selesai dalam masa kurang sejam.

Mohd Huzairil juga menarik perhatian berkata, bermula Januari lalu hingga semalam, sebanyak tujuh ekor lembu dan 18 ekor kambing dibiar berkeliaran di daerah itu ditangkap pihak penguatkuasa MDM.

Artikel Berkaitan: