PERKESO sedia panduan berkait keselamatan jalan raya bagi pekerja gig

Sivakumar (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua dari kanan) melancarkan buku garis panduan MS 2756:2023 - Amalan Baik untuk Penyedia Platform dalam Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Berkaitan Kerja ketika Majlis Penutupan Vision Zero Seminar Malaysia 2023 di di WTCKL pada Rabu. - Foto Bernama
Sivakumar (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua dari kanan) melancarkan buku garis panduan MS 2756:2023 - Amalan Baik untuk Penyedia Platform dalam Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Berkaitan Kerja ketika Majlis Penutupan Vision Zero Seminar Malaysia 2023 di di WTCKL pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan Standard Malaysia (MS) 2756 - Amalan Baik untuk Penyedia Platform dalam Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Berkaitan Pekerjaan (MS 2756:2023) ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, MS 2756:2023 yang dicadangkan oleh PERKESO dan dibangunkan melalui kumpulan kerja di bawah infrastruktur pembangunan piawaian kebangsaan, merupakan garis panduan untuk amalan baik kepada penyedia platform bagi memastikan pengurusan perjalanan atau perjalanan kerja yang lebih selamat.

"Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah berjaya menerbitkan MS 2756:2023 dengan kerjasama pakar daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pihak berkuasa, institut penyelidikan, ahli akademi, badan dan persatuan profesional serta pemain industri.

"MS 2756:2023 juga menyokong dasar semasa kerajaan seperti Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) dan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030 (MRSP 2022-2030),” katanya dalam ucapan pada majlis penutupan Seminar Vision Zero Malaysia 2023 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, taklimat mengenai MS 2756:2023 turut diadakan hari ini di bawah Sesi Tematik 2: Mentakrifkan Semula Keselamatan Pekerja dalam Ekonomi Digital, yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang MS serta menggalakkan penggunaannya dalam kalangan pihak berkaitan.

Sementara itu, PERKESO dalam kenyataannya memaklumkan hingga Jun lepas sebanyak 1,204 kes kemalangan dan 25 kematian dilaporkan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) melibatkan sektor pengangkutan barangan dan makanan serta pengangkutan penumpang.

"Berdasarkan statistik laporan kemalangan menerusi SKSPS melibatkan kedua-dua sektor itu, terdapat peningkatan sebanyak 158.9 peratus iaitu 1,872 kes pada 2022 berbanding 723 kes pada 2021.

"Peningkatan sebanyak 56 peratus turut direkodkan dalam kes kematian bagi tempoh yang sama, iaitu daripada 25 kes pada 2021 kepada 39 kes pada 2022 bagi pekerja sektor pengangkutan barangan serta makanan dan pengangkutan penumpang rentetan kemalangan yang berkaitan dengan perjalanan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: