Lantikan Rania Zara Medina ikut prosedur

Lantikan Rania Zara Medina sebagai ahli CCM 2019-2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia cetus kontroversi.
Lantikan Rania Zara Medina sebagai ahli CCM 2019-2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia cetus kontroversi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021 adalah mengikut prosedur sedia ada, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Beliau, yang juga pengerusi CCM berkata, sebagai keperluan Global Fund, ahli CCM terdiri daripada 25 orang yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.

“Populasi sasar ini termasuk Transgender, Men-sex-with-men, Female sex worker, ‘People who use drug’ dan People Living With HIV/AIDS (PLHIV).

ARTIKEL BERKAITAN:

Dewan Ulamak Pas Selangor kesal KKM lantik transgender

Pelantikan mak nyah dalam CCM cetus kontroversi

“Wakil komuniti populasi sasar dipilih daripada kalangan populasi berkenaan dan disahkan melalui surat lantikan oleh Pengerusi CCM,” katanya dalam satu kenyataan.

CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.

Artikel Berkaitan:

Dr Boon Chye berkata, pengerusi pertama CCM ialah Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, diikuti Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Fungsi utama CCM adalah merangkumi permohonan peruntukan di bawah Global Fund, pemantauan serta memberi sokongan teknikal bagi perlaksanaan projek di mana Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak sebagai koordinator dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, katanya.

Selain itu, fungsi CCM adalah bagi mengawal HIV/AIDS sejajar dengan Pelan Strategik Nasional dalam menangani wabak itu di negara ini. - Bernama