Mohd Shuhaily dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Isnin.
Mohd Shuhaily yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor.
Abu Samah yang juga Ketua Jabatan Cawangan Khas Kuala Lumpur akan bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa 22 Mei ini.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.