Kes Haziq masih dalam siasatan polis: KDN

MUHYIDDIN YASSIN
MUHYIDDIN YASSIN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung video intim membabitkan seorang individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang mirip menteri Kabinet masih dalam proses.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini, kes berkenaan masih dalam siasatan PDRM.

"Belum lagi dapat apa-apa keputusan.

"Kita tidak tetapkan suatu tempoh tertentu dan polis telah tubuhkan jawatankuasa penyiasat, mereka buat apa yang patut dan akan dikemukakan kepada Ketua Polis Negara dan saya sendiri sebelum dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR pecat Haziq serta-merta

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq digantung tugas serta-merta

Terdahulu, sebuah video intim yang dikatakan berlaku di salah sebuah hotel di Sandakan, Sabah tersebar.

Selepas tersebarnya video tersebut, Haziq yang merupakan bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tampil membuat pengakuan mengenai dia merupakan individu dalam video tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ekoran perkara itu, Haziq telah dipecat apabila gagal memberikan jawapan terhadap surat tunjuk sebab daripada 'bos'nya itu.

Tidak hanya itu, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Santubung juga telah dipecat jawatan dan keahliannya daripada PKR apabila mesyuarat biro parti itu politik sebulat suara membuat keputusan tersebut.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, parti itu telah mendapati Haziq telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq mahu rayu keputusan pemecatan dalam PKR

Terbaharu, menerusi hantaran di Facebooknya, Haziq mahu merayu terhadap pemecatan keanggotaannya daripada parti itu.

Menurut Haziq, beliau telah dihukum oleh parti kerana menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh seorang menteri.

Dakwa Haziq, beliau tidak menuduh menteri berkenaan melakukan rasuah tanpa bukti sebaliknya membuat gesaan agar siasatan dilakukan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

"Saya hormat keputusan yang telah dibuat oleh parti namun, akan membuat rayuan berkenaan dengan pemecatan keanggotaan saya.

"Saya sentiasa hormat dengan prosedur yang diambil oleh parti sebelum menjatuhkan hukum, kerana saya yakin PKR adalah parti yang mengamalkan prinsip Rule of Law dan fair hearing," katanya.