Haziq mahu rayu keputusan pemecatan dalam PKR

Haziq Abdullah Abdul Aziz
Haziq Abdullah Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mahu merayu terhadap pemecatan keanggotaannya daripada parti itu.

Menurut Haziq, beliau telah dihukum oleh parti hanya kerana menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh seorang menteri.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Asas Tani itu berkata, beliau tidak menuduh menteri berkenaan melakukan rasuah tanpa bukti sebaliknya membuat gesaan agar siasatan dilakukan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

"Saya hormat keputusan yang telah dibuat oleh parti namun, akan membuat rayuan berkenaan dengan pemecatan keanggotaan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR pecat Haziq serta-merta

"Saya sentiasa hormat dengan prosedur yang diambil oleh parti sebelum menjatuhkan hukum, kerana saya yakin PKR adalah parti yang mengamalkan prinsip Rule of Law dan fair hearing," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Rabu lalu, mesyuarat Biro Politik PKR sebulat suara memecat Haziq serta-merta daripada parti itu.

Pengerusi Lembaga Displin, Datuk Ahmad Kasim berkata, pihaknya mendapati beliau telah melanggar tatacara disiplin parti iaitu membuat tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti kes yang masih dalam siasatan polis.

Artikel Berkaitan:

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin itu mengaku sebagai individu dalam rakaman video intim bersama seorang menteri.