Isu petugas tak layan pesakit selesai

Muda memuat naik status perbincangan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Muda memuat naik status perbincangan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan isu berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang pengendali Facebook dan petugas sebuah klinik kesihatan daerah ini yang tular kerana tidak melayan seorang pesakit mendapatkan rawatan kerana ingin menghadiri majlis jamuan tampil berdamai hari ini.

Pemilik akaun 'Saiful Bahri Bin Manat' berkata, pertemuannya kira-kira jam 9.30 pagi tadi itu bersama panel penasihat klinik dan petugas klinik kesihatan diadakan bagi menyelesaikan isu terbabit.

Menurutnya, terdapat salah faham antara kedua-dua pihak mengenai penularan status Facebook berkenaan.

"Kedua-dua pihak mengakui salah masing-masing dan kami mencapai kata sepakat dan berdamai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Justeru, katanya, dia berharap mana-mana pihak tidak memanjangkan perkara berkenaan.

"Saya juga telah memadam status yang dimuat naik dalam Facebook," katanya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook 'Muda' dalam statusnya memberitahu, panel klinik kesihatan terbabit mengambil inisiatif membincangkan isu itu secara bersama antara kedua-dua pihak terbabit.

"Diharap semua pihak tidak memanjangkan isu ini.

Artikel Berkaitan:

"Pihak klinik kesihatan memohon sebarang aduan dibuat secara terus kepada Pegawai Perubatan Yang Menjaga (PPYM) atau melalui peti aduan atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kemementerian Kesihatan," katanya.

Semalam, tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp apabila pemilik akaun Saiful Bahri Bin Manat memuat naik status 'Jamuan lebih penting daripada rawatan'.

Menurutnya, seorang pesakit yang ingin menjalani rawatan perubatan sebuah klinik diminta pulang kerana kakitangan ingin menghadiri jamuan.