Klinik Kesihatan Selayang Baru ditutup bagi kerja naik taraf

Klinik Kesihatan Selayang Baru ditutup bermula Khamis sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Klinik Kesihatan Selayang Baru ditutup bermula Khamis sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
A
A
A

SELAYANG - Klinik Kesihatan Selayang Baru akan ditutup sementara untuk kerja naik taraf sistem pendawaian elektrik bermula Khamis.

Menerusi notis yang diedarkan, klinik tersebut akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut notis itu, pesakit yang telah membuat temu janji dalam aplikasi MySejahtera diminta untuk ke fasiliti kesihatan berdekatan.

"Pesakit boleh berurusan di Klinik Kesihatan Gombak Setia (bangunan lama) bagi perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak manakala Klinik Kesihatan Gombak Setia (bangunan baharu) untuk janji temu klinik berhenti merokok.

"Klinik Kesihatan Taman Ehsan pula untuk janji temu penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, dyslipidaemia, asma, RVD); rawatan tibi serta penyambungan bekalan ubat dari hospital serta Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)," menurut notis pemberitahuan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Gombak.

Ujar kenyataan itu, rawatan pesakit luar, cuci luka dan pergigian juga boleh didapati di klinik berkenaan atau klinik-klinik berhampiran.