Kenderaan asing beli RON95

Gambar yang tular di media sosial minggu lalu. Gambar kecil, pengguna memuat naik perkara itu di media sosial.
Gambar yang tular di media sosial minggu lalu. Gambar kecil, pengguna memuat naik perkara itu di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor sedang menyiasat kes kenderaan asing yang tular mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Gelang Patah, minggu lalu.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tindakan boleh diambil ke atas pengusaha stesen minyak kerana membenarkan penjualan barang kawalan kepada kenderaan asing.

"Saya telah arahkan pegawai siasat stesen berkenaan. Tindakan boleh dikenakan ke atas pengusaha stesen minyak ini.

"Di bawah Akta Kawalan Bekalan 196, jika gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan Malaysia iaitu menjual barang kawalan RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing boleh dikenakan denda dan penjara," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki mengisi minyak RON95 pada kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura.

Dalam pada itu, Mohd Hairul berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kejadian serupa boleh membuat aduan melalui sistem e-aduan.

Mengikut 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 Akta Kawalan Bekalan 1961 jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Manakala bagi syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Artikel Berkaitan: