Lapan ajaran sesat dikesan wujud di Johor

Mohd Fared (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan dalam Majlis Amanat 2026 dan Pengumuman Kadar Fitrah Bagi Tahun 2026 di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.
Mohd Fared (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan dalam Majlis Amanat 2026 dan Pengumuman Kadar Fitrah Bagi Tahun 2026 di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lapan ajaran yang difatwakan sesat dikesanmasih wujud di negeri ini dengan dipantau Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ini melibatkan ajaran Hizbur Tahrir, Syiah, Wahabi, Millah Abraham, Si Hulk, GISBH, Qadiani dan The Ahmadi Religion Of Peace And Light.

"Trend terkini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak melihat peningkatan mendadak dan tiada bukti tentang gelombang besar ajaran sesat baru yang belum dikenal pasti.

"Bagaimanapun terdapat usaha percubaan untuk membawa masuk atau menyebar kembali ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat sebelum ini.

"Contohnya, aktiviti berkaitan penyebaran semula ajaran The Ahmadi Religion Of Peace And Light telah dikesan melalui poster yang tertampal di beberapa lokasi di Muar baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar Johor di sini pada Khamis.

Mohd Fared berkata, antara faktor yang menyebabkan masih ada segelintir masyarakat terjebak dengan ajaran sesat ialah kurang pengetahuan tentang agama, mengalami tekanan hidup yang serius, ajaran sesat menjanjikan perkara luar biasa seperti pengambunan dosa tanpa usaha.

Selain itu katanya, pengaruh pemimpin yang berkarisma seperti petah bercakap serta pandai memanipulasi emosi, mendakwa memiliki ilmu istimewa, karamah atau menerima wahyu tertentu.

"Tekanan sosial dan pengaruh persekitaran turut menjadi faktor individu boleh terpengaruh ajaran sesat.

Artikel Berkaitan:

"Apabila keluarga, rakan atau komuniti terdekat terlibat, seseorang mungkin mengikut ajaran tersebut kerana takut disisihkan atau untuk menjaga hubungan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, kerajaan negeri mempergiat usaha membanteras ajaran sesat melalui pendekatan penguatkuasaan, pencegahan dan pemulihan akidah secara bersepadu bagi melindungi kesucian Islam di negeri ini.

Jelasnya, usaha tersebut digerakkan menerusi JAINJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi berkaitan.

"Pemantauan dilakukan secara berterusan terhadap sebarang aktiviti mencurigakan termasuk yang disebarkan menerusi media sosial.

"Tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 terhadap individu atau kumpulan yang didapati menyebarkan fahaman bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

"Kerajaan negeri turut menggunakan mekanisme fatwa dan pewartaan bagi mengisytiharkan sesuatu ajaran sebagai sesat supaya tindakan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Lapan ajaran sesat masih wujud di Johor dan dipantau JAINJ
  • Ajaran sesat tersebut adalah Hizbur Tahrir, Syiah, Wahabi, Millah Abraham, Si Hulk, GISBH, Qadiani dan The Ahmadi Religion Of Peace And Light
  • Tidak ada bukti peningkatan mendadak ajaran sesat baru tapi ada usaha menyebarkan semula ajaran sesat lama
  • Faktor individu terjebak dengan ajaran sesat termasuk kurang pengetahuan agama, tekanan hidup dan pengaruh pemimpin karismatik
  • Johor mempergiat usaha membanteras ajaran sesat melalui penguatkuasaan, pencegahan dan pemulihan akidah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!