Pasaran gelap: Pengusaha stesen minyak perlu salur maklumat

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Armizan (dua dari kiri) pada sidang akhbar berkaitan Ops Tiris di Dewan Serbaguna KPDN pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Armizan (dua dari kiri) pada sidang akhbar berkaitan Ops Tiris di Dewan Serbaguna KPDN pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan pengusaha stesen minyak agar tidak takut menyalurkan maklumat tentang kegiatan penjualan minyak diesel bersubsidi di pasaran gelap.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya mengesyaki terdapat pengusaha stesen minyak yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu tetapi berdiam diri.

Menurut Armizan, pihaknya yakin sebahagian besar pengusaha mempunyai maklumat tentang wujudnya kencederungan pihak tertentu membeli diesel untuk dijual kepada pasaran gelap.

Armizan Mohd Ali
Armizan Mohd Ali

“Jika didapati terdapat pengusaha stesen minyak terlibat dalam sindiket ini kita akan ambil tindakan kepada mereka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Malah pembeli juga selepas ini akan disiasat bagi memastikan seluruh rantaian penyalahgunaan dapat dikekang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KPDN di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh dan Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil.

Tegasnya, melalui Ops Tiris kerjasama bersepadu dengan pasukan penguat kuasa lain banyak membantu dalam mewujudkan gerak kerja yang tersusun bagi memastikan isu ketirisan subsidi negara dapat dikekang dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

"KPDN juga sedang menjalankan siasatan terhadap pemborong berlesen dan stesen minyak berlesen apakah mereka ada niat untuk bersekongkol atau sebaliknya untuk membekalkan bahan itu ke pasaran gelap.

“Kebanyakan sindiket menggunakan lori yang diubah suai dan jika ada elemen bersuhabat kita akan siasat dan ambil tindakan.

“Perbezaan harga untuk kegunaan individu dan industri yang ketara mendorong ia diniagakan di pasaran gelap," katanya.