Empat ditahan tunggang motor melulu, buat aksi bahaya

Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya BORR tengah malam tadi.
Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya BORR tengah malam tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS - Empat lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu selain membuat pelbagai aksi berbahaya tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, keempat-empat lelaki itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada jam 12 tengah malam tadi.

Menurutnya, operasi dijalankan selepas tiga hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula tengah malam sehingga jam 3 pagi.

"Keempat-empat lelaki itu didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan membuat pelbagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Mereka juga didapati menunggang motosikal dengan kelajuan motosikal sambil melakukan aksi zig zag bermula dari Plaza Tol Bagan Ajam hingga pusingan semula ke Plaza Tol Bagan Ajam (arah Sungai Dua)," katanya ketika dihubungi tadi.

Noorzainy berkata, selain itu mereka bertindak berani menunggang secara melawan arus yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Tangkapan dibuat semasa kesemua penunggang terbabit berhenti di Hentian Rehat Bagan Ajam. Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati, salah seorang daripada mereka merupakan pelajar kolej. Beberapa saman turut dikeluarkan kerana beberapa kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada cermin sisi, tiada nombor plat hadapan dan ubah suai motosikal," katanya.