Capal Melayu terus jadi pilihan

Mohd Ghazali (kiri) bersama Mohd Arif (kanan) dan Muhammad Alimin, 19 menunjukkan antara capal yang dijual di tapak bazar Ramadan, Dataran Shahbandar.
Mohd Ghazali (kiri) bersama Mohd Arif (kanan) dan Muhammad Alimin, 19 menunjukkan antara capal yang dijual di tapak bazar Ramadan, Dataran Shahbandar.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Walaupun kemuncak populariti busana tradisional Melayu, capal telah menjangkau zaman, sambutannya masih hangat terutama menjelang musim perayaan.

Sentuhan kreatif dua beradik dari Kampung Pulau Manis, Serada, Mohd Arif Kori, 32, dan Mohd Ghazali Kori, 30, memakai persalinan tradisi Melayu lengkap bertanjak ketika menjual capal itu di Dataran Shahbandar, di sini berjaya menarik perhatian pelanggan.

Mohd Ghazali berkata, perniagaan yang dimulakan sejak 2010 itu ternyata mendapat tempat di hati pelanggan berdasarkan sambutan yang diterima saban tahun.

"Perniagaan capal Melayu tradisional ini tidak mengecewakan kerana sejak berniaga sembilan tahun lalu, sambutan diterima daripada semua peringkat usia.

Perniagaan capal oleh Mohd Ghazali dan Mohd Arif sentiasa mendapat perhatian pelanggan.
Perniagaan capal oleh Mohd Ghazali dan Mohd Arif sentiasa mendapat perhatian pelanggan.

"Walaupun ada kalanya kami buka gerai jualan lewat berbanding biasa, sambutan diterima masih hangat kerana kami mempunyai pelanggan tetap dan barangan ini akan habis dijual setiap kali musim perayaan," katanya.

Menurut Ghazali, idea asal menjual capal itu tercetus setelah dia dan abangnya sendiri memakai capal itu.

"Selain berniaga, kita juga mahu mengangkat kembali busana Melayu tradisional ini terutama kepada golongan muda supaya ia tidak tenggelam ditelan peredaran zaman," katanya.

Artikel Berkaitan: