MBSB Bank tawar pembiayaan peribadi menarik sempena musim perayaan

A
A
A

MBSB Bank menawarkan Kempen Pembiayaan Peribadi-i X-Change dengan menyediakan pembiayaan sehingga RM400,000 kepada para pelanggan yang layak.
MBSB Bank menawarkan Kempen Pembiayaan Peribadi-i X-Change dengan menyediakan pembiayaan sehingga RM400,000 kepada para pelanggan yang layak.

SHAH ALAM - MBSB Bank menawarkan Kempen Pembiayaan Peribadi-i X-Change yang mampu membantu anda mengurus kewangan secara bijak dengan menyediakan pembiayaan sehingga RM400,000.

Terdapat beberapa kelebihan pada Pembiayaan Peribadi-i X-Change ini termasuklah penangguhan bayaran selama tiga bulan; jumlah pembiayaan sehingga RM400,000; tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun; deposit sekuriti dikecualikan; tanpa penjamin dan kelulusan dibuat dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, melalui kempen bertemakan Raya Lebih Bermakna ini, pelanggan dapat menikmati kadar pembiayaan serendah Kadar Asas Standard (KAS) + 2.80 peratus setahun setara Kadar Tetap.

Pembiayaan peribadi patuh Syariah MBSB Bank ini juga menyediakan pelbagai pakej yang sesuai dengan keperluan para pelanggan.

Bagi pelanggan yang memohon jumlah pembiayaan antara RM10,000 hingga RM99,999, mereka akan layak menerima Sumbangan Waqaf berjumlah RM50 (untuk yang beragama Islam) atau layak mendapat Takaful Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM30,000 selama satu tahun.

Ia akan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari melalui e-mel selepas pengkreditan pembiayaan (tertakluk kepada ketersediaan stok dan atas dasar siapa cepat dia dapat)

Sementara itu, bagi pelanggan yang memohon jumlah pembiayaan antara RM100,000 hingga RM400,000, mereka akan menerima e-baucar Mydin bernilai RM100 melalui e-mel dalam tempoh 14 hari selepas pengkreditan pembiayaan (tertakluk kepada ketersediaan stok atas dasar siapa cepat dia dapat).

Tempoh tawaran ini adalah terhad iaitu bermula pada 1 Mac lalu dan akan berakhir pada 31 Mei 2023.

Bagi Pakej Mumtaz-i, kadar pembiayaan semula serendah KAS+ 2.80 peratus setahun (bersamaan dengan 2.93 peratus setahun pada kadar tetap bagi tempoh tiga tahun) manakala bagi Pakej Afdhai-i, kadar pembiayaan semula serendah KAS+ 2.95 peratus setahun (bersamaan dengan 3.01 peratus setahun pada kadar tetap bagi tempoh tiga tahun).

Kaedah pembayaran boleh dilakukan dengan pemotongan gaji melalui Biro Angkasa, Akauntan Negara atau potongan gaji majikan.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan ini, berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan:

* Warganegara Malaysia yang berumur 19 tahun (sektor awam), 21 tahun (sektor swasta) dan tidak melebihi 60 tahun selepas tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan (yang mana lebih awal)

* Pekerja tetap atau kontrak kerajaan, GLC, majlis tempatan dan syarikat swasta terpilih yang mempunyai kemudahan potongan gaji dengan bank.

* Pendapatan minimum bulanan sebanyak RM3,000 (termasuk gaji kasar, elaun tetap dan pendapatan bukan tetap yang lain).

Bagi yang berminat untuk membuat permohonan secara dalam talian atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Peribadi-i X-Change, sila layari https://www. mbsbbank.com/bm/promotions/ pfi xchange2023.