World #QuranHour asas penyatuan ummah

Sebahagian peserta World #QuranHour di Perpustakaan Awam Negeri Perlis menunjukkan tanda sokongan kepada program tersebut semalam.
Sebahagian peserta World #QuranHour di Perpustakaan Awam Negeri Perlis menunjukkan tanda sokongan kepada program tersebut semalam.
A
A
A

KANGAR - World #QuranHour menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan pemimpin dan rakyat yang merentasi latar belakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik dan agama.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Azizi Janan berkata, kempen satu jam berinteraksi bersama al-Quran iaitu dengan membaca, memahami dan beramal adalah langkah dalam membentuk masyarakat ke arah kesedaran membaca kitab suci itu.

"Al-Quran menjadi titik temu kebangkitan dan penyatuan ummah hingga wujud sebuah dunia yang rahmah berbudi dan penyayang," katanya di Perpustakaan Awam Negeri Perlis semalam.

Menurutnya, program di peringkat perpustakaan juga telah dilaksanakan di seluruh rangkaian perpustakaan negeri itu iaitu di perpustakaan kanak-kanak, perpustakaan cawangan, perpustakaan pekan, perpustakaan komuniti UTC dan perpustakaan desa.

Artikel Berkaitan: