Muda Johor teguh di belakang pimpinan pusat

Azrol
Azrol
A
A
A
JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor selari dengan kepimpinan Pusat yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan serta tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah.

Pengerusi Muda Johor, Azrol Rahani berkata, Muda berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan beberapa keputusan yang dilakukan Kerajaan Perpaduan baru-baru ini bertentangan dengan prinsip dan nilai tersebut.

"Keputusan Peguam Negara yang telah melepaskan tanpa membebas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 47 kes pertuduhan tanpa penjelasan yang menyakinkan telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

"Ini melanggar prinsip kerajaan Madani yang ingin melawan rasuah. Isu integriti dan budaya rasuah. Sehubungan keputusan tersebut, Muda percaya bahawa institusi perundangan negara ini telah dicemari.



"Kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ketiadaan reformasi dan janji-janji sebelum pilihan raya telah banyak diabaikan dengan memberi alasan kerajaan pada hari ini adalah Kerajaan Perpaduan.

"Maka itu walaupun keputusan yang sukar kita ambil tapi Muda Johor ingin membawa politik prinsip yang menjadi rukun asas Muda," katanya.

Pada Ahad, Muda memaklumkan akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Artikel Berkaitan:

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan