PRN Melaka: Yakin rakyat pilih gelombang biru - Ab Rauf

Ab Rauf (tengah) bersama calon DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem pada lawatan kerja di DUN berkenaan pada Isnin.
Ab Rauf (tengah) bersama calon DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem pada lawatan kerja di DUN berkenaan pada Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH – Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan momentum sokongan rakyat di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen Alor Gajah yang disasarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu berdasarkan strategi gerak kerja jentera parti serta sokongan rakyat yang diterima sepanjang tempoh kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Asahan, Gadek dan Durian Tunggal.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, perkembangan positif turut dilihat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya apabila jentera BN di kawasan berkenaan menunjukkan komitmen yang baik.

"Saya lihat jentera Machap Jaya bekerja dengan begitu baik dan saya yakin Machap Jaya menyumbang satu kerusi kepada BN dan Muafakat Melaka.

"Saya yakin dgn suasana semasa, rakyat menaruh keyakinan bahawa kita berada dalam pasukan yang kuat dan kekuatan itu akan diterjemahkan menerusi peti undi 14 November ini," katanya ketika ditemui pada program jelajah di Bilik Gerakan DUN Machap Jaya di sini pada Isnin.

Lawatan kerja Pengerusi BN di Bilik Gerakan DUN Machap Jaya pada Isnin.
Lawatan kerja Pengerusi BN di Bilik Gerakan DUN Machap Jaya pada Isnin.

Mengulas mengenai pengundian awal, Ab Rauf berkata, proses yang berlangsung pada Selasa perlu dilihat sebagai kayu pengukur terhadap persiapan parti menjelang hari pengundian Sabtu ini.

"Kepada pengundi awal, pilihlah mana yang terbaik untuk memajukan Melaka bersama-sama kerajaan yang sedang menguruskan negeri ini dengan lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Rauf berkata, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil serta mempunyai visi jelas untuk pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, aspirasi berkenaan telah diketengahkan kepada rakyat pada PRN lalu dan BN berharap mandat diberikan sekali lagi bagi meneruskan misi pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Kita minta rakyat meneruskan sokongan sekali gus melaksanakan misi kita untuk lima tahun akan datang.

"Saya lihat peratus sokongan tinggi dan kita yakin rakyat pilih gelombang biru," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!