Hassan minta Muda terus sokong inisiatif reformasi kerajaan

Gambar kecil: Hassan
Gambar kecil: Hassan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan seterusnya menjadi pembangkang akan memberi saingan sihat kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan dibuat Syed Saddiq yang juga Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dihormati kerana menekankan prinsip dan integriti sebagai parti politik.

“(Bagaimanapun) saya mohon kepada Syed Saddiq dan Muda semoga menyokong inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya kerajaan membawa inisiatif reformasi di Parlimen yang memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga.

"Dalam undian berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan atau usul-usul atau rang undang-undang yang baik dan progresif sifatnya yang dibentangkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hassan menambah kuasa ketiga "third force" yang merangkumi Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) misalnya akan memberi rakyat pilihan yang lebih luas.

“Sistem dua parti seperti di Amerika Syarikat iaitu Demokrat dan Republikan begitu mendominasi politik negara kuasa besar tersebut.

"Jadi di Malaysia hanya ada dua gabungan iaitu PH-BN dengan PN maka keadaan kita sama seperti di AS. Sebagai analogi, rakyat hanya ada dua pilihan sama ada Coca-Cola atau Pepsi Cola yang rasanya lebih kurang sama,” ujarnya.

Pada Ahad, Muda dilaporkan akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

Ujarnya tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyukarkan Muda untuk kekal dalam kerajaan Perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan