Sidang khas Parlimen dijangka panas

Persidangan khas Dewan Rakyat selama enam hari yang bermula pada pagi ini dijangka panas.
Persidangan khas Dewan Rakyat selama enam hari yang bermula pada pagi ini dijangka panas.
A
A
A

SUHU politik Malaysia kembali panas apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

Susulan keputusan itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu digesa melepaskan kerusi tersebut kerana kemenangannya pada pilihan raya disifatkan adalah hasil pakatan dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Syed Saddiq enggan tunduk terhadap desakan tersebut kerana memegang prinsip tidak mengkhianati mandat rakyat setelah ikrar untuk memerangi rasuah.

Sebaliknya, beliau menyindir pimpinan PH agar melihat cermin dan mahu mereka meninggalkan kerusi yang dimenangi kerana gagal mengotakan janji susulan rasa tidak puas hati beliau berhubung 'pembebasan' Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada dakwaan rasuah.

Berikutan perkembangan itu, Persidangan khas Dewan Rakyat selama enam hari yang bermula pada pagi ini dijangka panas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan mengemukakan usul khas bagi kelulusan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2023-2025.

Bagaimanapun selain isu kehilangan sokongan seorang ahli Parlimen, sidang khas tersebut dijangka gamat dengan rasa tidak puas hati dari blok pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu berhubung penolakan Parlimen membahaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Zahid daripada 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mendakwa kenyataan Anwar yang menolak untuk Parlimen membahaskan perkara itu adalah tindakan yang melanggar undang- undang dan penyalahgunaan kuasa.