Zahid DNAA: Razeef bidas pemimpin kerajaan tuding jari kepada PM

Razeef Rakimin
Razeef Rakimin
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin membidas beberapa pemimpin politik termasuk di pihak kerajaan mengenai kenyataan yang menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegasnya, kritikan yang dibuat pemimpin itu didakwa seolah-olah mahukan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mencampuri urusan mahkamah.

"Saya merasa amat jelik dengan kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dalam kerajaan sendiri yang menuding jari kepada Perdana Menteri (Anwar) tanpa asas kukuh.

"Apabila membaca kenyataan-kenyataan ini saya terfikir adakah kita mahu badan kehakiman yang bebas dari campur tangan politik atau kita ingin Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya mencampuri urusan mahkamah?

"Maka boleh dianggap pihak-pihak yang menentang keputusan mahkamah sebagai pihak yang mendesak campur tangan Perdana Menteri untuk mempengaruhi badan kehakiman bagi meneruskan kes," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Sementara itu, Razeef dalam kenyataan sama turut menegur tindakan beberapa pemimpin politik yang dilihat cuba memesongkan maksud DNAA.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, siasatan masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjadi asas keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim beberapa hari lalu tampil menghasilkan puisi bertajuk ‘Sajak DNAA’ menerusi hantaran di Facebooknya.

Sajak tersebut dipercayai berkait dengan Ahmad Zahid.

Menerusi coretan puisi itu, pemimpin PKR berkenaan mengakui sangat bersedih dan mempersoalkan mengapa ia terjadi dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke