Redah 200km dari Melaka mahu beli buku dengan harga murah

Siti Nur Anisah
Siti Nur Anisah
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar sanggup meredah perjalanan hampir 200 kilometer (km) dari Melaka ke Seksyen 15 di sini pada Sabtu semata-mata demi Jualan Gudang Karangkraf 2023.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka, Siti Nur Anisah Mohd Irham, 15, berkata, karnival buku itu memang dinantikan selain murah, terdapat banyak pilihan buku kegemarannya iaitu antaranya, projek seram yang dinyatakan sukar untuk didapati.

“Saya bersama ibu bapa bergerak seawal jam 7 pagi, itu pun dah banyak kereta di lebuh raya dan agak sesak mungkin kerana cuti sekolah tetapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk ke sini.

“Walaupun memakan masa sedikit untuk sampai kira-kira jam 10 pagi, tetapi saya sanggup disebabkan buku projek seram, susah nak jumpa di Melaka. Memang tak lepaskan peluang, banyak pilihan dan murah.

“Dapat dalam tiga buku projek seram itu selain novel dan buku latihan, saya habiskan dalam RM100. Berbaloilah dapat 10 berbanding di luar, memang jauh beza,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sementara itu, suri rumah, Khairisah Hamran, 43, pula yang datang dari Kuala Selangor juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi jualan gudang tersebut yang disifatkan karnival yang berani menawarkan harga paling rendah termasuk potongan harga yang tinggi.

Khairisah
Khairisah

“Kami teruja dan memang luangkan masa hari ini (Sabtu) untuk datang ke sini. Banyak buku dapat dibeli, novel dan buku ilmiah untuk anak perempuan saya berusia 13 tahun.

Artikel Berkaitan:

“Masa pun rasa tidak cukup, kami mungkin akan datang minggu depan untuk mencari lagi buku,” ujarnya.

Bagi pesara unit keselamatan Bank Negara Malaysia, Idris Khatam, 72, pula, dia mencari buku bersandarkan hadis dan yang paling bagus banyak pilihan di jualan gudang tersebut.

Idris
Idris

“Buku hadis ulamak ini boleh menjadi panduan untuk kita. Tetapi saya tertarik dengan satu buku bertajuk Bicara Ini Demi Perpaduan daripada Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Nak tahu apa maksud yang ingin beliau sampaikan kerana kini dilihat banyak pergaduhan namun sebagai ulamak, kita tahu perkara yang cuba dia sampaikan bukan satu pembohongan,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun teknologi makin canggih, buku juga antara medium penting dalam menyampaikan maklumat dan memberi lebih kefahaman kepada masyarakat.