Stadium Shah Alam bakal mula diroboh awal Oktober

PROSES perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula awal Oktober ini selepas terpaksa ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerangkan walaupun proses permulaan bermula sedikit lewat namun, jangkaan siap sepenuhnya masih pada tahun 2026.
"Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini," katanya.
"Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.