Pendedahan Mat Sabu bukan benda baharu - Sanusi

Muhammad Sanusi menyifatkan pendedahan Mohamad Sabu berhubung penolakan Pas terhadap DAP sebagai isu basi.
Muhammad Sanusi menyifatkan pendedahan Mohamad Sabu berhubung penolakan Pas terhadap DAP sebagai isu basi.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pendedahan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berhubung penolakan Pas terhadap DAP sebagai isu basi.

Beliau berkata, Amanah menjadikan isu lama sebagai pendedahan baharu sedangkan hakikatnya sejarah berkaitan isu berkenaan sudah lama diketahui umum.

Menurutnya, apa yang didakwa Mohamad juga merupakan satu tuduhan semata-mata.

“Saya rasa parti itu (Amanah) pun parti yang di hujung usia, di hujung nyawa. Jadi mereka cuba mencari nafas baharu.

“Benda (isu penolakan DAP) tak boleh membantu Amanah pun untuk berikan ‘oksigen’. Tak ada oksigen,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.

Pada Isnin, Mohamad mendakwa Pas memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar Pas pada 2015.

Pendedahan yang dibuat dalam ceramah di Muar itu mendakwa Pas memutuskan hubungan dengan DAP bukan disebabkan hudud sebaliknya mahu menjalin kerjasama dengan UMNO.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menegaskan, perkara itu tidak perlu lagi diperjelaskan berulang kali kerana semua jawapan sudah tersedia sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Semua jawapan itu dah ada. Dia kata akan buat satu pendedahan, tengok-tengok tak ada apa pun.

“Benda yang sudah ada jawapan, itu bukan benda baharu. Itu semua tuduhan saja. Mat Sabu pun dah jadi sejarah juga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi

Pas putus hubungan DAP bukan sebab hudud tapi mahu bersama UMNO - Mat Sabu

Pendedahan Mat Sabu bukan benda baharu - Sanusi

Dakwaan Mat Sabu terhadap Hadi satu pembohongan - Khairil Nizam