14 Ketua Bersatu Johor isytihar hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin

14 Ketua Bahagian Bersatu Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
14 Ketua Bahagian Bersatu Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
A
A
A

SHAH ALAM - 14 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan memimpin parti.

Ketua Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis berkata, ia termasuk kegagalan menguruskan krisis dalaman secara efektif serta penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama parti.

"Tindakan Lembaga Disiplin terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, beberapa ketua bahagian dan wakil rakyat yang menyokong beliau, dilihat lebih bersifat melindungi kuasa presiden berbanding menjaga kepentingan parti serta matlamat perjuangan Bersatu.

"Keadaan ini telah menjejaskan imej Bersatu di mata rakyat dan menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan ahli akar umbi.

"Ia juga berpotensi meretakkan hubungan strategik dengan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN)," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Hamzah didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin.

Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.

Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan Lembaga Disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Tambah Musa, sebagai ketua bahagian, pihaknya menyeru presiden parti agar mempertimbangkan kepentingan Bersatu melebihi agenda peribadi.

Artikel Berkaitan:

"Langkah segera perlu diambil bagi memulihkan keyakinan ahli dan membuka laluan bagi pembinaan semula parti yang kukuh serta bersatu,"ujarnya.

Ringkasan AI

  • 14 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan memimpin parti
  • Kegagalan mengurus krisis dalaman dan penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama menjadi punca hilang kepercayaan
  • Tindakan Lembaga Disiplin terhadap Timbalan Presiden dan beberapa Ketua Bahagian dilihat melindungi kuasa presiden daripada menjaga kepentingan parti
  • Keadaan ini menjejaskan imej Bersatu dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli akar umbi
  • Mengakibatkan potensi retakan hubungan dengan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!