Perkembangan siasatan pesawat terhempas jadi tumpuan utama

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis. - Foto: Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis. - Foto: Bernama
A
A
A

PERKEMBANGAN tragedi pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dijangka terus menjadi tumpuan utama.

Setelah operasi mencari kesemua mayat selesai malam semalam, proses pengecaman mayat dijadualkan berlangsung di Hospital Ampuan Rahiman (HTAR), Klang hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati berlaku petang semalam, 10 mangsa dikenal pasti terkorban termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

Mengimbas semula kronologi kejadian, rakaman nahas daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian mula tersebar di sosial media sekitar jam 3.30 petang.

Susulan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan media telah mengesahkan kemalangan tersebut.

Pesawat jenis jet peribadi, yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu, dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, tiada sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday' diterima daripada pesawat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menerusi sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pesawat berkenaan dikenal pasti melencong daripada laluan asal pendaratan.

Bagaimanapun menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dengan memberi tumpuan misi pencarian kotak hitam pesawat di lokasi kejadian.

"Berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan," katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang media di lokasi kejadian pada jam 10.50 malam pula mengesahkan penemuan alat rakaman suara kokpit (CVR) pesawat.

Alat tersebut merupakan salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat tersebut.

“CVR itu telah dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut.

“CVR ialah sebahagian daripada kotak hitam. Kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua iaitu Cockpit Voice Recorders (CVR) and Flight Data Recorders (FDR),” katanya.

Operasi pihak berkuasa di lokasi nahas juga bakal diteruskan pagi ini dengan memberi fokus pencarian FDR bagi melengkapkan proses siasatan.

Proses pengecaman mayat juga dilapor bakal mengambil tempoh yang agak panjang susulan keadaan mayat yang tidak sempurna.

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen