Kes tipu belian online rekod kerugian RM14.8 juta dalam sebulan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes penipuan belian dalam talian mencatatkan 1,381 kes dengan nilai kerugian mencecah RM14.8 juta pada Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kerugian direkodkan itu menunjukkan lonjakan mendadak apabila ia meningkat 57 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, statistik ini membuktikan penipuan belian dalam talian semakin membimbangkan.

“Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sebelum membuat sebarang pembelian dalam talian.

“Jika tidak pasti boleh semak di portal Semak Mule PDRM melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!