'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Situasi berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. - Foto Bernama
Situasi berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya lihat pesawat dalam keadaan senget sebelum dengar bunyi dentuman kuat," kata seorang saksi kejadian pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini pada Khamis.

Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke Paya Jaras.

Ujar Mohd Syahmie, dia ketika itu sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.

"Saya kemudian terus ke lokasi sebelum melihat pesawat itu sudah berkecai.

"Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui di lokasi pada Khamis.

Tambahnya, beberapa orang awam berhampiran juga memberitahu pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan sebuah motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

Artikel Berkaitan:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam