Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun dan antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang Khamis.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun dan antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang Khamis.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pas Pahang menzahirkan dukacita di atas pemergian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun dan sembilan lagi mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang Khamis.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan juga seluruh warga UMNO Pahang dan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"Saya sifatkan kehilangannya sebagai kehilangan yang besar kerana beliau adalah antara tokoh pemimpin yang dilihat begitu komitmen dengan amanah yang diberikan.

"Walaupun masih baru memegang jawatan sebagai Exco dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), beliau adalah tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Rosli berharap seluruh ahli keluarganya sabar dengan ujian daripada ALLAH SWT

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solihin, Ameen Ya Rabb," katanya.

Allahyarham Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai, dilaporkan menaiki pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan lima lagi penumpang dan juruterbang serta pembantunya.

Lain-lain penumpang yang dipercayai terkorban ialah Kharil Azwan Jamaludin, Shahrul Kamal Roslan, juruterbang pesawat terbabit milik Jet Valet Sdn. Bhd. dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim manakala penumpang, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed, Muhammad Taufiq Mohd. Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Artikel Berkaitan:

Johari dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Beliau yang bersaing dalam pertandingan empat penjuru memperoleh 7,308 undi, menewaskan calon dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor