Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Anggota polis memeriksa sebuah motosikal yang terbakar di lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini pada Khamis - Foto: Bernama
Anggota polis memeriksa sebuah motosikal yang terbakar di lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini pada Khamis - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) tidak menerima sebarang makluman pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) menghadapi masalah sebelum dikesan terhempas di Elmina, Seksyen U16, dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

"Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Guthrie.

"Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan mengenai perkara itu.

"Apa yang saya dapat sahkan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat," katanya.

Info:

-Pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) yang dinaiki dua juruterbang dan enam penumpang

Artikel Berkaitan:

-Pesawat berlepas dari Langkawi menuju ke LTSAAS Subang.

-Dijadual mendarat di LTSAAS pada jam 2.40 petang.

-Jarak udara kedudukan lokasi terhempas kira-kira 1.5 kilometer LTSAAS.

-Pesawat merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.

-Penumpang kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'