Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Situasi terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. - Foto Bernama
Situasi terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – "Rasa hendak menangis, saya nampak satu mayat rentung terbakar," demikian kata salah seorang penduduk berhampiran Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini selepas mengetahui tragedi pesawat terhempas di lokasi itu pada Khamis.

Kata Nur Alia Nordin, 28, dia mendengar bunyi dentuman seakan bom diikuti kepulan asap hitam yang tebal.

"Terdapat kepulan asap hitam yang tebal sebelum mendengar satu dentuman yang kuat hingga rasa sedikit gegaran kira-kira jam 3.50 petang.

“Tiga minit selepas dentuman tu saya bergegas datang dengan suami, tiba saja di lokasi saya nampak api yang sangat marak dan nampak mayat penunggang motosikal sudah rentung terbakar.

“Rasa nak menangis tengok orang (penunggang terbakar) terbakar depan mata, ” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, saksi, Zainuddin Hashim, 53, berkata, anaknya sempat melihat pesawat itu berlegar-legar di ruang udara sebelum terhempas di lokasi kejadian.

Ujar Zainuddin, semasa kejadian dia berada di pejabat di Denai Alam.

"Saya dimaklumkan oleh anak saya tentang kejadian itu sebelum bergegas ke sana dan nampak kebakaran api yang marak pada ketika itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya dimaklumkan pesawat itu terhempas semasa sedang cuba mendarat. Letupan daripada terhempas itu menyebabkan seorang penunggang motosikal terkena tempias api berkenaan,” katanya.

Terdahulu tular sebuah pesawat kecil terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

Setakat ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 orang maut dalam insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'