Pertuduhan Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan - Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil (kiri), Sanusi
Fahmi Fadzil (kiri), Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendakwa kerajaan sama sekali tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, pertuduhan terhadap Sanusi itu susulan daripada kenyataannya yang cenderung untuk tidak setia kepada institusi diraja.

“Ini tiada kaitan dengan kerajaan. Kamu buat kenyataan yang ada kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman sosial, Facebook, pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Sanusi mendakwa pertuduhan yang dihadapinya adalah bukti bahawa kerajaan kini berada dalam ketakutan.

Beliau berkata, pertuduhan itu jelas bermotifkan politik dan menjejaskan beliau dalam mendepani pilihan raya negeri (PRN).

Pada Selasa, Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Mengikut pertuduhan, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan yang mengandungi kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang boleh membangkitkan perasaan untuk tidak setia terhadap mana-mana raja.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara