Penyokong, ahli Pas perlu bertenang, hormati proses perundangan

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menasihatkan ahli dan penyokongnya untuk bertenang berikutan pendakwaan yang akan dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Selayang pagi Selasa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengikuti dengan cermat perkembangan kes melibatkan Menteri Besar Kedah itu yang dilaporkan telah ditahan oleh pihak PDRM untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“Pas menyarankan semua pihak, khususnya para ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berdasarkan ucapannya ketika menghadiri satu acara ceramah politik PN di Selayang pada 11 Julai lalu, pemimpin Pas itu dikatakan menyentuh isu perkenan Sultan Selangor dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar di negeri itu.

Dalam ucapan yang tular, beliau membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan Datuk Seri Amirudin Shari yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor.

Sekurang-kurangnya 57 laporan polis dibuat beberapa pihak terhadapnya susulan ucapan terbabit, menyebabkan Sanusi disiasat berhubung ucapan yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.

Anggota polis lengkap mengawal keadaan di pintu masuk mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga.
Anggota polis lengkap mengawal keadaan di pintu masuk mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

'Saya faham, tidak mengaku Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Penyokong, ahli Pas perlu bertenang, hormati proses perundangan

Petugas media, polis penuhi pekarangan Mahkamah Selayang