KWSP beri 2 sebab dividen rendah

Ahmad Zulqarnain bercakap ketika sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP, pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Zulqarnain bercakap ketika sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengukuhan ringgit menjadi antara dua faktor utama kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 menurun, meskipun jumlah agihan lebih besar berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam dalam mata wang antarabangsa itu.

Menurutnya, faktor kedua pula disebabkan persekitaran pelaburan tidak menentu susulan dasar perdagangan global yang sukar diramal, termasuk ketegangan tarif dan perkembangan geopolitik semasa.

“Kenapa dividen kurang daripada tahun lepas? Ada dua alasan. Satunya persekitaran pelaburan yang tidak menentu yang memberi kesan kepada Bursa Saham Malaysia.

“Selain itu, sebahagian daripada aset kita terutama aset antarabangsa yang tersenarai dalam dolar AS nilainya dalam ringgit dikurangkan kerana kekuatan nilai ringgit,” katanya ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Kadar dividen kumpulan berkenaan yang menurun kepada 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025 berbanding 6.30 peratus tahun sebelumnya, sedangkan agihan lebih tinggi.

Sementara itu, Ahmad Zulqarnain turut memaklumkan jumlah keahlian KWSP meningkat kepada 18.1 juta.

Katanya, peningkatan itu disokong oleh penyertaan tenaga kerja yang lebih meluas termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia.

“Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41.

Artikel Berkaitan:

“Pendaftaran baharu kekal kukuh dengan 2.8 juta ahli baharu dan 89,649 majikan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan majikan aktif sebanyak 640,391,” katanya.

Beliau menambah, caruman sukarela juga terus mencatat momentum positif iaitu meningkat kepada RM19.2 bilion.

Ringkasan AI

  • Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS antara penyebab kadar dividen KWSP 2025 menurun
  • Persekitaran pelaburan tidak menentu akibat dasar perdagangan global dan ketegangan geopolitik mempengaruhi pulangan
  • Kadar dividen KWSP untuk tahun kewangan 2025 adalah 6.15 peratus, lebih rendah daripada 6.30 peratus tahun sebelumnya
  • Jumlah keahlian KWSP meningkat kepada 18.1 juta dengan penyertaan tenaga kerja lebih meluas
  • Caruman sukarela ke KWSP meningkat kepada RM19.2 bilion

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!