Keahlian KWSP meningkat 18.1 juta pada 2025 - Ahmad Zulqarnain

Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41. Gambar hiasan
Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada 18.1 juta, disokong oleh penyertaan tenaga kerja yang lebih meluas termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia.

Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41.

"Keahlian KWSP catat pertumbuhan luar biasa kepada 18.1 juta (2024: 16.2 juta) didorong oleh perubahan dalam dasar carumannya untuk pekerja bukan warganegara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn pada pengumuman dividen KWSP 2025 pada Sabtu.

Pendaftaran baharu kekal kukuh dengan 2.8 juta ahli baharu dan 89,649 majikan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan majikan aktif sebanyak 640,391. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkat kepada 18.1 juta
  • Ini adalah disebabkan oleh peningkatan penyertaan tenaga kerja termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia
  • Bilangan ahli aktif kini adalah 10.6 juta yang meningkatkan nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41
  • Perubahan dalam dasar caruman untuk pekerja bukan warganegara memacu pertumbuhan keahlian
  • Pendaftaran ahli baharu mencapai 2.8 juta dengan tambahan 89,649 majikan baru, menjadikan jumlah majikan aktif sebanyak 640,391

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!