Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir masih diteruskan

Azman menunjukkan peta lokasi pencarian mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nur Fatin Karim, 14.
Azman menunjukkan peta lokasi pencarian mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nur Fatin Karim, 14.
A
A
A

KEMAMAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nur Fatin Karim, 14, masih diteruskan dengan penumpuan kawasan pencarian di sektor A dan B.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, kaedah pencarian yang tertumpu di lokasi-lokasi sudah dikenal pasti itu melibatkan seramai 30 anggota JBPM selain turut dibantu orang awam.

"Sejak beberapa hari ini cuaca agak buruk sehingga menyebabkan air menjadi keruh sekali gus menyukarkan operasi pencarian mangsa terakhir.

"Jadi apabila keadaan sudah kembali pulih dan air sungai menjadi jernih, kita akan buat selaman di beberapa 'hotspot' dikenal pasti," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima petunjuk baharu berhubung pencarian mangsa terakhir berkenaan.

"Tak ada petunjuk baharu kecuali penemuan sebuah beg dipercayai milik Karim Abdullah, 39, pada Isnin lepas. Antara barang yang ditemukan dalam beg sandang hitam itu ialah tanda nama ‘Fatin’ dipercayai milik Putri Nor Fatin satu-satunya mangsa yang masih hilang," ujarnya.

Setakat ini, sembilan jasad mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak enam hari operasi pencarian dijalankan bermula 2 Julai lalu.

Jasad Allahyarham Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, ditemukan pada Ahad dan Isnin manakala Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa.

Pada Khamis lalu, mayat kesembilan, Muhammad Fikri Saliman, 24, iaitu bakal menantu keluarga itu ditemukan.

Sehubungan itu, mangsa terakhir yang dilaporkan masih hilang ialah Putri Nur Fatin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3

Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A

Keluarga berharap jasad Putri Nor Fatin ditemui segera