Keluarga berharap jasad Putri Nor Fatin ditemui segera

Al-Sultan Abdullah mencemar duli bersalaman dengan Eiyi yang merupakan bapa kepada sembilan beranak yang lemas dalam kejadian kepala air pada 1 Julai lalu
Al-Sultan Abdullah mencemar duli bersalaman dengan Eiyi yang merupakan bapa kepada sembilan beranak yang lemas dalam kejadian kepala air pada 1 Julai lalu
A
A
A

KUANTAN - Ahli keluarga kepada mangsa sembilan beranak yang lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman pada 1 Julai lalu berharap jasad, Putri Nor Fatin Karim, 14, segera ditemui.

Nenek kepada mangsa, Halimah Kasim, 63, berkata, mereka sekeluarga mahu jasad cucunya itu dapat disemadikan bersama ahli keluarganya yang lain.

"Walau selama mana pun kita akan tunggu. Kalau boleh hendak juga jasad cucu saya itu ditemui dan dibawa balik untuk kebumikan bersama ibu, ayah dan adik beradiknya," katanya ketika ditemui di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3, di sini pada Isnin.

Sementara itu, datuknya, Eiyi Johari berkata, ahli keluarga akan terus melakukan solat hajat bagi memudahkan urusan pencarian cucunya itu.

"Selagi tidak jumpa, selagi itu kami sekeluarga akan melakukan solat hajat dan tidak putus berdoa.

"Kami juga akan bergilir ke lokasi kejadian. Hari ini (Isnin) ada seorang cucu berada di sana. Mungkin esok saya dan anak juga akan ke sana bagi melihat keadaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mereka sekeluarga merakamkan rasa terharu dan sebak atas kesudian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar dulu melawat mereka.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 itu disambut ahli keluarga mangsa selain baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa.

Halimah (tengah) berharap cucunya ditemui segera.
Halimah (tengah) berharap cucunya ditemui segera.

Baginda turut turut berkenan menyertai majlis tahlil yang turut dihadiri sekitar 300 penduduk Felda Lepar Hilir 3 di sini.

Tujuh jenazah ahli keluarganya iaitu Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 38; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Jenazah kelapan, Putri Alleya Maisarah, 16, pula dikebumikan pada keesokan harinya manakala mangsa kesembilan, Muhammad Fikri Saliman, 24, pada Sabtu lalu di Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3

Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A